MAHASISWA KPTM ALOR SETAR CIPTA REKOD TULIS ESEI DALAM AIR

Ahmad Fudhail menulis esei pada kedalaman 5 meter dan berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysia Book of Record

Seorang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menulis esei 350 perkataan sambil menyelam sedalam lima meter selama lebih 90 minit.

Ahmad Fudhail Ahmad Kenedi, 20, melakukan cabaran itu di kolam renang Pusat Akuatik Kedah di Alor Setar sambil disaksikan puluhan pensyarah dan pelajar KPTM.

Menurut pelajar semester enam Diploma Pengurusan Pejabat itu, inisiatif tersebut adalah untuk mencipta kreativiti dalam bidang selaman bagi menggalakkan golongan muda menceburinya.

Beliau pada mulanya bercadang melakukan cabaran itu di laut namun atas faktor keselamatan dan cuaca, beliau melakukannya di pusat akuatik berkenaan.

Jelas Ahmad Fudhail, selaman pada 20 hingga 30 minit pertama berjalan lancar namun mula kesejukan selepas itu dan berdepan kesukaran menulis sambil mengimbangi posisi badan dalam air.

Beliau bersyukur kerana berjaya mengatasi cabaran itu dan menyiapkan esei bertajuk ‘Kepentingan Pembangunan Personaliti Kepada Bakal Graduan’ dalam tempoh satu jam 34 minit dengan menggunakan pen dan buku kalis air.

📸 KPTM & Noraini Ahmad/BERNAMA

Berita penuh: MAHASISWA KPTM ALOR SETAR CIPTA REKOD TULIS ESEI DALAM AIR

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut