SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Seramai hampir 16,236 orang peserta membanjiri Dataran Pantai Batu Buruk untuk Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu pada pagi Sabtu yang lalu. Dalam sambutan yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali itu, pelbagai acara diadakan termasuk Fun Walk, Fun Run dan Fun Ride sejauh 30 Kilometer (km) dari Dataran Batu Buruk ke Kuala Nerus. Selain itu, terdapat penganjuran karnival silat pantai, kejohanan penalti pantai, kejohanan pentanque, trail walk community dan pameran oleh agensi serta jabatan kerajaan.

Turut sama hadir YB Dato’ Nara Setia , Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Negeri Terengganu. En. Dr Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. En. Saharuddin bin Mohd Kia,
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu. En. Ahmad Shahrizal bin Yahya. Sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat Negeri Terengganu turut berlangsung serentak di 8 daerah seluruh Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

PINJAMAN RM100,000 TAK DAPAT, DUIT SENDIRI RM54,620 YANG LESAP

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani akaun berputih mata bukan sahaja tidak menerima pinjaman peribadi RM100,000 yang dipohon malah kerugian pula …

𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡

Setiap warga asing yang memasuki Malaysia hendaklah memiliki pas atau permit yang sah sebagaimana ditetapkan di bawah undang-undang imigresen negara …