97 ‘kawasan panas’ banjir di Selangor, persediaan sudah dilakukan

PELABUHAN KLANG: Selangor mengenal pasti 97 lokasi ‘panas’ manakala 390 lokasi berisiko banjir di seluruh Selangor setakat ini.

EXCO Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Mohd Najwan Halimi berkata, ‘hotspot’ berkenaan membabitkan dua di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor (4), Petaling (11), Klang (23). Kuala Langat (5), Sepang (19), Hulu Selangor (19), Gombak (13) dan Hulu Selangor (1).

“Minggu lalu, Menteri Besar mengumumkan persiapan yang mana kita di Selangor berada dalam kesiapsiagaan tinggi. Setiap Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah diberikan peranan masing-masing untuk memantau sekiranya berlaku bencana.

“Di bawah Unit Bencana Negeri Selangor, dari semasa ke semasa kita mendapatkan maklum balas, jadi sekarang ini memantau keadaan peralihan musim monsun ini dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah berada dalam kesiapsiagaan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Latih Amal Ex-Ganjar 2023 yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Dermaga 8A Northport di sini hari ini.

Mohd Najwan berkata, kebanyakan PBT juga turut mengadakan simulasi terutamanya PBT yang dikenal pasti berisiko menghadapi bencana banjir atau ribut.

Mengulas mengenai latih amal itu pula katanya, usaha sama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bersama Lembaga Pelabuhan Klang, Northport dan Westports adalah suatu yang membanggakan dalam memastikan kesiapsiagaan semua pihak berada di tahap terbaik bagi menangani insiden bencana mahupun krisis keganasan terutamanya membabit kawasan pintu masuk ke Malaysia.

“Difahamkan bahawa, Latih Amal ini adalah bersandarkan kepada International Ships and Port Facility Security Code (ISPS Code) dan Arahan MKN No.18 Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan Arahan MKN No. 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …