KARNIVAL KERJAYA SMIX2023 TAWAR 5,920 PELUANG PEKERJAAN

BANDARAYA MELAKA – Sebanyak 5,920 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan pada Karnival Kerjaya Myfuturejobs Negeri Melaka bersempena Program Smart Melaka International Conference and Expo 2023 (SMIX2023).

Karnival kerjaya tersebut akan berlangsung selama tiga hari dengan skala besar bermula 12 Oktober ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Pengarah Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Abd Razak Omar berkata sebanyak 35 majikan daripada pelbagai sektor dan industri akan menyertai karnival kali ini.

“Karnival kerjaya kali kedua ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 12 Oktober.

“Antara majikan yang akan menyertai karnival kerjaya kali ini seperti Pusat Rehabilitasi Perkeso, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Hatten Hotel Melaka dan pelbagai industri lain.

“Karnival kali ini kita sasarkan lebih 5,000 pengunjung termasuk pencari kerja akan membanjiri karnival ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Perkeso Mendekati Media yang dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Razak berkata berdasarkan statistik portal Myfuturejobs, Melaka mencatatkan sebanyak 37,097 kekosongan jawatan aktif sehingga September 2023.

Jelasnya, seramai 63,248 pencari kerja di negeri ini sudah berdaftar dengan portal pekerjaan nasional itu sejak 1 Januari 2021 hingga September 2023.

“Selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini, kita harap pencari kerja dan majikan dapat manfaatkan penganjuran karnival kerjaya ini.

“Sebagai galakan kepada majikan untuk ambil pekerja baharu, permohonan insentif RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan ditawarkan menerusi Insentif Kerjaya Madani menerusi Bajet 2023 masih terbuka,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut