PROJEK NAIK TARAF LTSIP CAPAI 48.86 PERATUS

 

KOTA BHARU – Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) telah mencapai kemajuan pembinaan 48.86 peratus pada 19 Ogos lalu.
Pengurus LTSIP, Suhaimi Abdul Sani memaklumkan projek fasa satu LTSIP itu dijangka siap pada akhir November depan.
“Projek ini dijangka siap pada 30 November dan dijadualkan beroperasi pada Disember tahun ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
LTSIP, salah satu pangkalan udara domestik yang tersibuk di Malaysia itu bakal menyediakan lapan Jambatan Udara (Aero Bridge) bagi kegunaan 4 juta penumpang setahun.
Projek tersebut juga melibatkan pembinaan kemudahan parkir kereta bertingkat yang mampu menyediakan 1,300 petak parkir dan 14 lokasi pembinaan surau baharu di dalam terminal untuk kegunaan orang awam.
Projek naik taraf dan pembesaran LTSIP yang bermula pada Ogos 2021 itu adalah antara projek pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut