05 Oktober 2023 (Khamis) – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor telah menganjurkan Program Sembang Santai Madani di Joanna Catering, Taman Seroja Tampoi Johor. Program ini telah dihadiri kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Qariah Surau Al-Mizan Johor Bahru, Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga di bawah naungan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Southern Volenteers Johor Bahru serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Johor Bahru.
Sembang santai dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan penyampaian Taklimat Dasar Keselamatan Negara oleh Puan Najwa Shuhaida Omar, selaku Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor. Sejurus selepas itu, adalah sesi percambahan idea dan perkongsian maklumat berkenaan Isu Ajaran Sesat dan Isu Kekurangan Beras Tempatan yang disampaikan oleh Puan Azrina Ahmad, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor.
Objektif program adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar semasa Kerajaan antaranya Dasar Keselamatan Negara disamping mendapatkan maklum balas peserta mengenai isu-isu terkini yang berlaku di Negeri Johor. Selain itu, program ini diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan serta memberi kefahaman tentang keselamatan secara keseluruhan selaras dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2015 di bawah Teras 3: Kesepaduan Nasional dan Teras 8: Keselamatan Rakyat.
Tahniah dan syabas.





