OP DADU KHAS: 124 INDIVIDU DITANGKAP DI NEGERI SEMBILAN

Seramai 124 orang individu ditahan dalam serbuan menerusi Op Dadu Khas Judi Dalam Talian dan Loteri Awam Tanpa Lesen di beberapa lokasi di negeri ini dari 22 September hingga 2 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 serbuan telah dilaksanakan bagi kesalahan judi dalam talian dengan tangkapan seramai 47 orang individu. Bagi kesalahan tersebut, pihaknya telah merampas wang tunai berjumlah RM704 serta 46 buah telefon bimbit.

Bagi kesalahan perjudian loteri awam tanpa lesen, sebanyak 76 serbuan telah dilaksanakan dengan tangkapan seramai 77 individu. Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM9,129 serta 65 telefon bimbit. Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4a(a) dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …