SEORANG LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG 1250 LITER MINYAK DIESEL

 

BACHOK 26 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Pasir Putih – Bachok, Kelantan dan sempadan negara disini hari ini.
Tindakan pada jam 7.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel didalam tong-tong yang dibawa bersama.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar dijalan raya sekitar Kota Bharu, Kelantan membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.
Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan menghala ke Tumpat melalui jalan utama Jalan Semerak – Melawi – Kandis, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek berumur 26 tahun merupakan warga tempatan menghentikan secara mengejut dan membuka pintu terus melarikan diri, namun dapat ditahan oleh pasukan di Kg. Telong Kandis Bachok, Kelantan setelah diekori sejauh 10 km.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan tersebut menemui anggaran barang kawalan 1250 liter didalam tong-tong disyaki ubahsuai dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 2687.50, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 20,000.00.

Artikel/Berita Terkini

DISURUH MAJIKAN MEMBAWA MUATAN BERLEBIHAN

Disuruh majikan membawa muatan berlebihan menjadi alasan kebanyakan pemandu lori untuk melepaskan diri apabila ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) …

PROJEK SUSUR KELUAR BAHARU DI NILAI DILULUS, ATASI KESESAKAN SENAWANG–KL

Kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur dijangka dapat dikurangkan apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di …

NEGERI SEMBILAN AKUR PILIHAN RAYA SERENTAK JIKA TELAH DIPUTUSKAN – AMINUDDIN

Kerajaan Negeri Sembilan akur sekiranya pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi Persekutuan dan negeri. Menurut …