NEGERI SEMBILAN TARIK PELANCONG EROPAH

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Cawangan Negeri Sembilan membantu merealisasikan sasaran menarik lebih 100,000 pelancong asing tahun depan. Pengerusinya, Lee Fook Moi, berkata lebih banyak pakej pelancongan menarik perlu disediakan bagi mencapai sasaran berkenaan. Usaha perlu ditingkatkan lagi supaya kedatangan pelancong bertambah dan persatuan itu menyasarkan untuk menarik pelancong dari China dan Eropah. Pelancong China berminat melawat tempat-tempat bersejarah seperti muzium, manakala orang Eropah suka mendaki gunung dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini. Agensi pelancongan negeri seperti Matta dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha mencergaskan semula sektor pelancongan negeri. Negeri Sembilan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara. Bantuan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sektor pelancongan Negeri Sembilan akan terus berdaya saing memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut