SINDIKET SELUDUP ARAK LUPUT TARIKH

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mengesan taktik terbaharu penyeludup arak yang mencetak label tarikh luput baharu bertujuan mengelirukan mereka yang mengambil minuman keras itu.

Menurut Pengarah Kastam negeri, Mohamad Hafiz Ishak, pihaknya percaya minumuan keras yang diseludup itu telah pun melepasi tarikh luput sebenar tetapi masih dijual kepada orang ramai.

Perbuatan itu terbongkar dalam serbuan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan ke atas sebuah gudang lama di Jalan Puchong, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Dalam serbuan ini, pihaknya menemui sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak tarikh luput baharu pada tin minuman keras yang diseludup dari luar negara dan tidak menolak kemungkinan minuman keras yang dirampas ini telah pun luput tarikh sebenar tetapi dicetak tarikh luput baharu sebelum dijual kepada orang ramai bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda. Pihaknya juga telah menemui sebanyak 121,680 tin bir 500 mililiter (ml), 12,720 tin bir 330 ml dan 100 liter draught beer yang terdiri daripada pelbagai jenama. Kesemua bir yang dijumpai adalah disyaki barang belum lulus kastam dan barangan larangan import. Nilai bir dianggarkan lebih RM362,000 dan duti/cukai yang terlibat dianggarkan adalah lebih RM1.9 juta. Ketika serbuan tiada tangkapan dibuat tetapi kami telah mengenal pasti pemilik gudang berkenaan.

Bir yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan diseludup masuk oleh sindiket dan disimpan di dalam gudang yang terletak di kawasan terpencil. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …