PROGRAM APRESIASI PASUKAN KESELAMATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKN NS) telah  mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis apresiasi bagi menghargai jasa anggota-anggota keselamatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan sesi tayangan khas filem “Malbatt : Misi Bakara” serta edaran kit keselamatan pada 13 September 2023 bertempat di Messa Mall, Nilai.

Program yang bertujuan menghargai peranan, fungsi dan tanggungjawab anggota keselamatan yang sentiasa berkorban masa dan tenaga bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terjaga dengan utuh telah dihadiri seramai 76 orang anggota keselamatan rakan strategik MKN Negeri Sembilan dari pelbagai Jabatan dan Agensi.

Program ini juga dilihat dapat memperkasakan kolaborasi dan jaringan kerjasama antara MKN NS dengan agensi-agensi keselamatan bagi memudahkan perkongsian maklumat keselamatan dalam memastikan aspek keselamatan di Negeri Sembilan dalam keadaan siap siaga yang optimum.

Melalui pelaksanaan program seperti ini, diharapkan rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam akan lebih memahami dan menghargai perjuangan anggota keselamatam dalam melaksanakan misi keamanan di seluruh Dunia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan program ini, ia dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan Negara dalam diri semua yang hadir.

 

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …