PROGRAM OPS MARLIN : KELESTARIAN MARITIM TANGGUNGJAWAB BERSAMA

LUMUT, 7-8 SEPTEMBER 2023 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan satu program kolaborasi serta memantau keadaan keselamatan di sekitar perairan Pulau Jarak.

Program ini telah bermula dengan sesi taklimat keselamatan yang melibatkan penyertaan seramai 40 orang termasuk krew KM MARLIN yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Tuan Mohd Khair bin Baharom. Pemantauan dan pemeriksaan keselamatan sekitar Pulau Jarak turut dilaksanakan.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Mat Said juga turut serta Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Yaa’kup.

Penglibatan dan kerjasama yang sangat baik yang diberikan oleh pihak APMM dan khususnya komuniti nelayan ini diharap berterusan agar dapat menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah di mana keselamatan negara menjadi tanggungjawab bersama.Β KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŒπ„πƒπˆπ€ π’π„πŒππ„ππ€ 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŠπ„-πŸπŸ”Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

Β Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …