BENGKEL PENGURUSAN DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WP KUALA LUMPUR (MPPWPKL) 2023/2024 SIRI 1 DAN SIRI 2 

   

KUALA LUMPUR, Pada 18 hingga 20 Ogos 2023 dan 25 hingga 27 Ogos 2023 telah diadakan Bengkel Pengurusan Dan SKT MPPWPKL Siri 1 dan Siri 2 bagi lantikan tahun 2023/2024. Seramai 231 orang ahli dari 11 Zon dan 66 Subzon MPP di Kuala Lumpur telah menyertai bengkel tersebut.

Peserta bengkel juga diminta untuk membentangkan perancangan SKT masing-masing yang melibatkan program-program yang bakal dilaksanakan bagi manfaat komuniti di kawasan mereka berdasarkan lima (5) teras utama iaitu Perpaduan, Kesihatan, Ekonomi, Modal Ihsan dan Sukan.

Majlis Penutup Bengkel disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi dan turut hadir sama YBhg Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBrs Tuan Ismadi bin Sakirin Pengarah JPKKB, wakil Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Pegawai-pegawai Kanan JPKKB serta Pengurus-Pengurus Kawasan DBKL.

Pihak DBKL juga mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sesi 2023/2024 dan selamat bertugas!

#KLBandarUntukSemua

#bandarmampanbandarsejahtera

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut