OPS TIRIS

Sejumlah 4,800 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi bernilai RM10,320.00 berjaya diselamatkan oleh sepasukan Penguat Kuasa KPDN dalam serbuan OPS TIRIS yang dijalankan di sebuah premis tanpa nombor, di Rantau, Negeri Sembilan pada 1 September 2023 jam 3.00 pagi. Turut disita dalam serbuan tersebut, sebuah lori dan enam (6) unit tangki IBC yang menjadikan anggaran jumlah nilai rampasan RM 21,520.00. Sitaan dibuat bagi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Serbuan OPS TIRIS yang melibatkan lima (5) anggota penguat kuasa itu dibuat hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dibuat oleh anggota serbuan di kawasan tersebut. Pemeriksaan menyeluruh ke atas premis mendapati terdapat sebuah lori dengan kanvas berwarna jingga bersama 6-unit tangki IBC berisi minyak disyaki diesel bersubsidi di atas lori tersebut. Pemandu lori tersebut disyaki telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota serbuan di lokasi tersebut. Lori disyaki dijadikan sebagai transporter pengumpulan dan pengedaran minyak diesel untuk diseleweng.

KPDN Negeri Sembilan akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan diesel bagi memastikan aktiviti haram yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Sumber: KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 19,000 PESAKIT MENTAL DI NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN PALING RAMAI

Negeri Sembilan merekodkan sejumlah 19,264 pesakit mental sejak 2021 dengan daerah ini tertinggi membabitkan 11,090 pesakit. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, …

15 INDIVIDU DITAHAN TERBABIT AKTIVITI LUMBA HARAM DI APIN-APIN KENINGAU

RAMPAS: Antara motosikal yang dirampas selepas terbabit dalam kegiatan lumba haram. KENINGAU: Seramai 15 individu ditahan dalam operasi khas selepas …

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN MILIKI SYABU BERNILAI RM21,000

RAMPAS: Dadah yang dirampas semasa penahanan suspek. KOTA KINABALU: Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki terbabit dalam pengedaran dadah …