KUALA LUMPUR, Telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.




Melalui MOU tersebut DBKL dan UiTM akan saling melakukan pertukaran maklumat dan kepakaran di dalam pendidikan, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan. Selain itu kedua-dua belah pihak akan berkerjasama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, khidmat masyarakat dan penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan kolaborasi penyelidikan.


Turut hadir dalam majlis tersebut pengarah-pengarah jabatan DBKL dan pensyarah-pensyarah daripada UiTM.
SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u