𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐀𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐌𝐔𝐃 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐈𝐑, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Lawatan tapak dan mesyuarat ini telah diadakan pada 29 Ogos yang lalu bertempat di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir, Hulu Terengganu. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, diiringi oleh YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN). Turut hadir bersama adalah KSU-KSU Kementerian, Ketua-ketua Pengarah, Pengarah-pengarah jabatan/agensi dari persekutuan dan negeri.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat status kerja baikpulih SJSM dan membincangkan keperluan tambahan yang perlu disegerakan untuk tujuan baikpulih ini. Kerja-kerja baikpulih dilihat telah berjalan dengan baik dan mengikut perancangan sedia ada.
Sebelum ini, pada 27 Februari 2022, operasi SJSM Kenyir, Hulu Terengganu dihentikan buat sementara ekoran jambatan, power station dan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM ke grid nasional tumbang akibat tanah runtuh dan banjir lumpur. Kejadian ini turut memutuskan akses jalan keluar masuk ke SJSM. Hal ini juga mengakibatkan air dari Tasik Kenyir tidak dapat disalurkan keluar ke Sungai Terengganu (air tersebut merupakan sumber utama bekalan air bersih kepada penduduk di daerah Hulu Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu).
 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT BERSAMA PUSAT PENGAJIAN IBNU RAZAK

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun 2026, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama pelajar tahfiz dari …

SITUASI BANJIR SEMAKIN PULIH, HANYA 270 PENDUDUK TERJEJAS DI PAITAN

PINDAH: Proses pemindahan penduduk di Paitan masih berjalan berikutan banjir di daerah terbabit masih teruk. KOTA KINABALU: Situasi banjir di …

MINI ESTET PADI BAKAL TINGKAT SSL SABAH

LAWATAN: Jamawi (tiga kanan), Zul Hadi (dua kiri) serta tetamu jemputan lain mendengar penjelasan daripada kakitangan Jabatan Pertanian semasa lawatan …