OPS BERSEPADU DAN OPS PENGARAH

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Bersepadu dan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2023 yang lalu.

Operasi yang dilaksanakan 2 sesi ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari diadakan di 3 lokasi iaitu Plaza Tol Nilai, RnR Seremban menghala ke selatan dan Plaza Tol Pedas manakala sesi petang bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang di 2 lokasi iaitu Jalan Mambau dan Plaza Tol Ainsdale. Terdapat agensi lain yang terlibat seperti JAS, MOTAC, PLUS dan AADK. Pelbagai kesalahan dikesan antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.

Operasi ini diketuai oleh Ybrs. Tuan Hanif Yusabra bin Yusof, Pengarah JPJ Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Tuan Sairin bin Dula@Sabdullah, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan.

Pengguna jalan raya dinasihat untuk mematuhi peraturan undang – undang lalu lintas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@jpj beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …