‘CAR FREE ZONE’ TUMPUAN KELUARGA BERSANTAI

PAYA RUMPUT – Kelainan suasana sekitar Banda Hilir, pada minggu kedua pelaksanaan fasa percubaan ‘car fee zone’ Sabtu lalu, dimanfaatkan orang ramai termasuk pelancong untuk bersantai bersama keluarga.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, berdasarkan pemerhatian pelaksanaan bagi minggu kedua mendapat maklum balas lebih positif terutama daripada segi angka kunjungan pelawat.

Rais, tidak menafikan masih ada komen kurang menyenangkan manun ia secara tidak langsung menunjukkan semua, membabitkan orang Melaka dan pelancong luar amat prihatin dengan pembaharuan dilaksanakan.

“Berbanding minggu pertama, kali ini jumlah pengunjung semakin ramai, mereka manfaatkan suasana ditawarkan untuk bersantai dan sebagainya.

“Malah Datuk Bandar sendiri sentiasa memantau, untuk kita lihat bagaimana kawasan itu boleh dimajukan lagi. Seperti minggu lepas kita ada persembahan ‘buskers’ dan beberapa aktiviti lain untuk meraikan pengunjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Pasaraya Kucing Terbesar Cat Cupermarket yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif pasaraya itu Datuk Chew Chert Fong, di Taman Paya Rumput, hari.

Rais berkata, selain mengambil kira setiap komen dan aduan yang diutarakan oleh orang ramai berhubung pelaksanaan fasa percubaan zon bebas kenderaan itu Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan lalu lintas berjalan lancar.

“Saya yakin dan percaya setiap komen dan aduan yang diberikan oleh orang ramai akan diambil kira dan ditambah baik dari semasa ke semasa selain ia boleh dibincang bersama malah selaku Exco pihak berkuasa tempatan (PBT), saya sentiasa terbuka kepada perbincangan.

“Saya juga sentiasa memantau dan melihat bagaimana isu jalan raya yang dikatakan sentiasa berada dalam keadaan sesak (dan) untuk itu juga Ketua Menteri meminta pihak polis membantu serta menambah baik keadaan lalu lintas bagi mengelak kesesakan yang teruk,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …