๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—™๐—จ๐—ง๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—˜๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

๐‘ท๐’๐’๐’Š๐’”๐‘ฒ๐‘ณ, 21 Ogos 2023 – YDH DCP Datoโ€™ Azry Akmar bin Datoโ€™ Hj. Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan kepada Pengelola Sukan Futsal (Lelaki / Wanita) dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara bagi Kontinjen Kuala Lumpur 2023 bertempat di Foyer A, IPK Kuala Lumpur.

ย  Kejohanan Sukan Futsal (Lelaki / Wanita) dan Kejohanan Bola Jaring akan berlangsung serentak pada tarikh sama iaitu pada 23 hingga 26 Ogos 2023 di dua lokasi yang berlainan. Kontinjen Selangor menjadi Tuan Rumah Bagi kedua-dua kejohanan pada kali ini. Kejohanan Sukan Futsal akan berlangsung di KSL Sport Puchong, Selangor dan Stadium Panasonic Shah Alam, Selangor ianya melibatkan seramai 18 orang peserta lelaki dan 18 orang peserta wanita mewakili Kontinjen Kuala Lumpur. Manakala, bagi Kejohanan Sukan Bola Jaring pula diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor, melibatkan seramai 16 orang peserta wanita yang mewakili kontinjen Kuala Lumpur dalam kejohanan tersebut.

YDH Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur juga turut mengucapkan Selamat Berjuang dan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta yang mewakili Kontinjen Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama YDH SAC Habibi bin Majinji, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Beh Eng Lai, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Muhammad Fadhil bin Hj.Zahari, Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Ketua – ketua Jabatan Polis Kuala Lumpur, Ketua – ketua Polis Daerah Polis Kuala Lumpur, Pegawai – pegawai Kanan Polis dan Pegawai – pegawai Rendah Polis.

#Poliskualalumpur

#JomLikeFBPolisKL

#21ogos2023

SUMBER :ย https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …