KURSUS TAULIAH PENYEMBELIHAN JAWI SIRI 2/ 2023

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Kursus Tauliah Penyembelih JAWI Siri 2/2023 bertempat di Bilik Aktiviti Ibn Rusyd, Bahagian Pelajaran JAWI, Aras 3 Barat, Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Kursus ini merupakan medan melahirkan juru sembelih yang kompeten dan profesional dengan penguasaan pengetahuan teori bagi mengendalikan sembelihan halal diperakui selaras dengan hukum syarak. Kursus ini telah melibatkan peserta seramai 18 orang yang terdiri daripada 5 orang pemohon baharu dan 13 orang juru sembelih sedia ada yang memperbaharui tauliah penyembelih. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad Penolong Pengarah Kanan JAWI dengan perkongsian ilmu bertajuk Etika dan Tanggungjawab Penyembelih.
Seterusnya majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Halal Bahagian Penyelidikan JAWI Kuala Lumpur.
SUMBER : JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWIΒ https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut