TAKLIMAT & PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA KAKITANGAN LEBUHRAYA KAJANG SEREMBAN (LEKAS)

JPJ Negeri Sembilan di bawah Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK) telah mengadakan ceramah di Pejabat LEKAS Kajang Selatan untuk memperhebatkan lagi kempen keselamatan di jalan raya pada 21 & 22 OGOS 2023.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Puan Nurul Syuhada Binti Nik Aziz, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK) & Puan Zaitun Iffah Binti Hamid, Penolong Pengarah Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK) yang berlangsung selama 2 hari.

Ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang keselamatan di jalan raya dan juga membudayakan pemanduan berhemah di kalangan penunggang motosikal dan juga pemandu.

Selain itu pendedahan berkaitan tingkah laku pemandu juga diberikan untuk memberi kefahaman betapa pentingnya aspek ini kepada pemandu dan penunggang supaya kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …