TINDAKAN KHAS TASK FORCE DI SEKITAR BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR, Baru-baru ini terdapat sebuah video yang sedang tular di media sosial mengenai tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh DBKL terhadap premis yang menjaja khunafa dan manisan arab di sekitar Bukit Bintang.
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.
Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja. Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.
Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) di premis terbabit.
Tindakan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang aduan, orang awam boleh boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang http://adukl.dbkl.gov.my

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …