PROGRAM SMART (SUKSES-MATANG-AKTIF-RASIONAL TANGGUNGJAWAB)

Program SMART (SUKSES-MATANG-AKTIF-RASIONAL TANGGUNGJAWAB)anjuran AADK Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Daerah Dungun,  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Pejabat Perpaduan Daerah Dungun dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) telah diadakan pada 20-21 Ogos 2023  yang bertempat di Lubuk Kain Kampung Syukur, Jerangau, Dungun, Terengganu ini melibatkan seramai 40 orang belia berusia 18 hingga 19 tahun (lepasan SPM) dari sekitar Daerah Dungun khususnya Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Mukim Sura dan Kuala Dungun. Program 2 hari 1 malam ini menerapkan jati diri dalam diri belia muda terutama dalam menghalang golongan belia dari mendekati najis dadah dan mendepani pelbagai isu pelencongan sosial masa kini. Sesi penutup dilengkapkan dengan Taklimat ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ yang telah disampaikan oleh Cik Siti Maisarah binti Razali, wakil MKN Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut