PENGARAH AGENSI KERAJAAN DIREMAN SPRM KES SALAH GUNA JAWATAN

Dua individu termasuk seorang penjawat awam berpangkat pengarah direman tiga hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja berkaitan sebuah agensi kerajaan membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira lebih RM200,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 40-an dan 20-an itu dikeluarkan bermula hari ini hingga 18 Ogos depan di Mahkamah Majistret Seremban di sini. Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu itu telah ditahan kira-kira pukul 3 dan 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber SPRM berkata, suspek pertama berjawatan pengarah berusia 40-an dipercayai menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan melantik syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan beliau untuk mendapatkan kerja-kerja di sebuah agensi kerajaan di cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang lelaki berusia 20-an dan perbuatan itu dilakukan pada tahun 2019 hingga 2020.Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …