KES DENGGI DI KELANTAN MENINGKAT 225 PERATUS, 2 KEMATIAN

 

KOTA BHARU – Kes demam denggi di Kelantan mencatatkan peningkatan 225 peratus dengan dua kematian direkodkan antara Januari hingga 16 Ogos tahun ini.

Sehingga 12 Ogos 2023, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 1,514 kes dengan lokasi panas di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

Cuaca hujan dan kemarau dipercayai antara faktor penyumbang peningkatan kes pada tahun ini berbanding tempoh sama pada 2022 yang merekodkan 479 kes.

Jumlah kes itu adalah lebih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19 iaitu penurunan 50 peratus berbanding pada 2020 (3,030 kes) dan penurunan 52.2 peratus (3,191 kes) berbanding kes denggi yang dicatatkan pada 2019.

Dua kematian akibat denggi berlaku membabitkan dua lelaki dewasa.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut