PEMANTAUAN HARGA OLEH KPDN KUALA LUMPUR DI SEKITAR PARLIMEN TITIWANGSA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2023 Pegawai-pegawai Pemantau Harga telah membuat kutipan harga di premis-premis perniagaan sekitar Parlimen Titiwangsa. Kutipan harga secara harian ini melibatkan 8 premis termasuklah 2 pasar basah utama iaitu Pasar Chowkit dan Pasar Keramat. 6 pasaraya terpilih sekitar Parlimen Titiwangsa iaitu Pasar Mercato, Great Eastern Mall, AJ Best Chowkit, Pasaraya Wan Lee Heng Chowkit, Pasaraya Star Grocer Desa Pandan, Pasaraya Jaya Grocer Internal Mall dan Pasaraya Hock Choon Jalan Ampang.

Kutipan harga ini kemudiannnya dimuatnaik ke dalam sistem untuk dipaparkan di aplikasi Price Catcher bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga dengan lebih mudah. Sebagai pengguna aplikasi ini, anda juga boleh memuat naik barangan yang menawarkan harga berpatutan untuk perkongsian bersama pengguna yang lain.

Muat turun aplikasi Price Catcher di Google Store dan Apple Store sekarang.

#pphwpkl

#kpdnwpkl

#thisiskl

#parlimentitiwangsa

#pricecatcher

#bandinghargabarubeli

SUMBER: FB KPDN KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/wpklkpdnhep

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …