TAMBANG PERCUMA MYBAS BUAT OKU, WARGA EMAS DAN PELAJAR SEKOLAH

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyediakan inisiatif tambang percuma ‘myBAS Konsesi’ bagi perkhidmatan bas henti-henti kepada golongan Orang Kurang Upaya(OKU), warga emas dan pelajar sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun.

Menurut Menterinya, Anthony Loke Siew Foke, inisiatif di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu akan mula dilaksanakan di SBST Seremban, Ipoh dan Johor Bahru berkuatkuasa pada Selasa(15 Ogos).

Dijangka lebih 2,500 pengguna golongan sasar akan menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga-tiga bandaraya yang membabitkan 58 laluan.Golongan sasar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menerima manfaat tambang percuma ini terbuka kepada OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan berkenaan.

Menurutnya lagi, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri. Terdapat lima lokasi kaunter pendaftaran yang disediakan di Seremban, tujuh di Johor Bahru dan satu di Ipoh.Prosesnya sangat mudah, mereka hanya perlu sekali saja buat pendaftaran dan akan diberi pas myBAS tetapi dikhendaki perbaharuinya setiap tahun bagi tujuan kemas kini maklumat.

Bagi golongan OKU dan warga emas, pihaknya akan melihat bagaimana untuk memudahkan pendaftaran supaya mereka tidak perlu memperbaharui kad setiap tahun. Beliau berharap ramai yang membuat permohonan bagi menerima manfaat berkenaan yang bertujuan meringankan beban mereka, malah tiada had ditetapkan.

Pihaknya juga bercadang memperluaskan pelaksanaan tambang percuma berkenaan ke negeri lain secara berperingkat. Sebelum ini didapati  tidak ramai golongan ini yang menggunakan perkhidmatan myBAS di tiga-tiga negeri terlibat. Beliau yakin dengan adanya inisiatif kerajaan dengan menyediakan tambang percuma ini, lebih ramai yang akan membuat permohonan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …