TAMBANG PERCUMA MYBAS BUAT OKU, WARGA EMAS DAN PELAJAR SEKOLAH

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyediakan inisiatif tambang percuma ‘myBAS Konsesi’ bagi perkhidmatan bas henti-henti kepada golongan Orang Kurang Upaya(OKU), warga emas dan pelajar sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun.

Menurut Menterinya, Anthony Loke Siew Foke, inisiatif di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu akan mula dilaksanakan di SBST Seremban, Ipoh dan Johor Bahru berkuatkuasa pada Selasa(15 Ogos).

Dijangka lebih 2,500 pengguna golongan sasar akan menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga-tiga bandaraya yang membabitkan 58 laluan.Golongan sasar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menerima manfaat tambang percuma ini terbuka kepada OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan berkenaan.

Menurutnya lagi, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri. Terdapat lima lokasi kaunter pendaftaran yang disediakan di Seremban, tujuh di Johor Bahru dan satu di Ipoh.Prosesnya sangat mudah, mereka hanya perlu sekali saja buat pendaftaran dan akan diberi pas myBAS tetapi dikhendaki perbaharuinya setiap tahun bagi tujuan kemas kini maklumat.

Bagi golongan OKU dan warga emas, pihaknya akan melihat bagaimana untuk memudahkan pendaftaran supaya mereka tidak perlu memperbaharui kad setiap tahun. Beliau berharap ramai yang membuat permohonan bagi menerima manfaat berkenaan yang bertujuan meringankan beban mereka, malah tiada had ditetapkan.

Pihaknya juga bercadang memperluaskan pelaksanaan tambang percuma berkenaan ke negeri lain secara berperingkat. Sebelum ini didapati ย tidak ramai golongan ini yang menggunakan perkhidmatan myBAS di tiga-tiga negeri terlibat. Beliau yakin dengan adanya inisiatif kerajaan dengan menyediakan tambang percuma ini, lebih ramai yang akan membuat permohonan.

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut