TUMPAT 09 Ogos : KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan dalam membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Lokasi kejadian di Kg. Terbak, Tumpat, Kelantan pada jam 8.30 pagi tadi telah menyita 75 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan tempatan disyaki tangki tambahan diubahsuai dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.



