

KUALA LUMPUR, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan merangkap Kol (K) Rejimen 515 Askar Wataniah telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 4 Divisyen di Perumahan Tentera Desa Tun Hussein Onn, Kem KEMENTAH, Kuala Lumpur.YBhg. Datuk Seri sempat bertanya khabar anak-anak dan petugas komuniti PDPK sambil memberikan buah tangan kepada lebih kurang 50 ahli komuniti. Semoga anak-anak PDPK 4 Div terus dihiasi senyuman ceria yang membawa seri kepada semua.
SUMBER : JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN



