



Sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023, DBKL telah mengedar 32,500 bendera pelbagai saiz kepada wakil agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), persatuan penjaja dan peniaga, pemandu teksi, penghantar makanan dan pemandu-pemandu kenderaan milik DBKL.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, pengarah jabatan DBKL serta warga kerja DBKL.
Jom bersama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
SUMBER : DBKL