LAPAN PREMIS MAKANAN KOTOR DI BACHOK DIARAH DITUTUP

 

BACHOK: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan sebanyak lapan buah premis makanan yang kotor diarah tutup selepas tidak mencapai tahap kebersihan sebagaimana ditetapkan.
Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Husin berkata, kesemua premis itu diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 menerusi Op Bersepadu Premis Bersih di sekitar bandar ini, Jalan Melawi-Kandis, Jalan Bachok-Budi dan Jalan Bachok-Beris Kubur Besar.
Menurutnya, sepanjang operasi itu sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa dan pada masa sama 108 notis kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Tidak mematuhi kehendak berhubung dengan pakaian pengendali makanan merekodkan jumlah kesalahan paling tinggi iaitu 88 kes diikuti tidak mematuhi kehendak berhubung dengan amalan pengendali makanan (memakai aksesori) 12 kes dan lain-lain kesalahan.
Jika pemilik premis masih tidak mematuhi arahan tindakan pembetulan pada lawatan ke berikutnya penutupan premis akan di buat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …