KOTA BHARU 27 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali telah menjalankan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 3.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Wira berpendaftaran tempatan disyaki membawa bersama minyak diesel didalam tong-tong jerikin.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan sekitar Jalan Semerak – Melawi ke Pasir Puteh untuk membuat pembelian berulang di stesen-stesen minyak dipercayai akan diselewengkan.
Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori sejauh 5 km dalam keadaan cemas memecut kenderaan untuk melarikan diri, namun tindakan pantas pasukan berjaya menahan saspek berumur 30an.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan di tepi jalan Semerak, Kg Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 750 liter dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1600.00 dan kenderaan anggaran sebanyak RM 10,000.00.