PENERAPAN MINDA KESELAMATAN KEPADA BAKAL GURU

Konsep Keselamatan Menyeluruh atau Comprehensive Security (COMSEC) adalah suatu usaha berterusan yang seimbang dan bersepadu di setiap peringkat pentadbiran kerajaan sehinggalah ke setiap lapisan struktur masyarakat. Pengenalan kepada konsep ini tidak lain hanya bertujuan untuk memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman dalaman mahupun luaran.

Bagi memastikan konsep ini disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Kedah sentiasa mengadakan program perkongsian bersama masyarakat. Semalam, MKN Kedah berkesempatan untuk menyampaikan perkongsian ini kepada pelajar dan juga tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim.

Selain daripada perkongsian konsep ini, MKN Kedah turut mengetengahkan isu-isu keselamatan semasa kepada peserta. Antara isu yang menjadi tumpuan adalah kurangnya minat pelajar SPM untuk menyambung pelajaran, dan juga masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.

Bersesuaian dengan profession peserta yang bakal menjadi tenaga pengajar pada masa hadapan, masalah stres dan kemurungan dalam pelajar perlu di atasi. MKN Kedah percaya bahawa guru sememangnya memikul tanggungjawab dan peranan yang sangat penting untuk membentuk satu generasi yang berkualiti.

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …