LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERAK KE BETONG, YALA DAN BANGKOK, THAILAND

THAILAND – YAB Menteri Besar Perak , Dato’ Seri Saarani bin Mohamad yang merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak dan juga memegang portfolio keselamatan Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke Betong, Yala dan Bangkok, Thailand bersama-sama ahli Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak pada 21-23 Julai 2023.

Dato’ Seri serta delegasi turut mengadakan sesi kunjung hormat bersama Pegawai Daerah Betong,Mr. Eak Youngapai Na Songkla, Gabenor Wilayah Yala, Mr. Supoj Rodruang Na Nongkai serta sesi perbincangan bersama Duta Besar Malaysia ke Thailand, YBhg. Datuk Jojie Samuel M C Samuel.

Perkongsian sempadan darat secara langsung dengan Thailand melalui pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit Pengkalan Hulu, Perak telah mewujudkan keperluan untuk mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara Malaysia dan Thailand.

YAB MB bersama ahli JKKN telah mengadakan lawatan kerja ke Betong, Yala dan Bangkok bagi
meningkatkan pengurusan maklumat berhubung pengurusan keselamatan sempadan disamping meraikan hubungan diplomatik serta menzahirkan kerjasama padu melangkaui pelbagai bidang yang merentasi sempadan negara.

Kekangan yang dihadapi oleh agensi dan petugas keselamatan di sempadan negara harus diutamakan bagi memastikan keselamatan Negeri Perak berada ditahap yang baik.

Artikel/Berita Terkini

TANDA DAN GEJALA MPOX

Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih …
Maklumat Lanjut

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL

Berikut dikongsikan tips penjagaan kesihatan mental yang boleh diamalkan untuk menjamin kesejahteraan pada masa hadapan. Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia …
Maklumat Lanjut

14 DARIPADA 36 TAPAK TAMU DESA DI SABAH SIAP SEPENUHNYA

KOTA KINABALU: 14 daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi Fasa 1 siap sepenuhnya pada bulan lepas. Menteri …
Maklumat Lanjut