Pada 21 Julai 2023 (Jumaat) telah diadakan program CBSM bertempat di Kampung Padang Kubu, Kijal, Kemaman sejak jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 malam. Program berbentuk sukaneka ini telah melibatkan hampir 180 penyertaan daripada ahli keluarga Kg. Padang Kubu, di mana 15 acara sukaneka dan satu liga sepak takraw telah dipertandingkan. Turut diadakan adalah cabutan nombor bertuah dan juga sesi taklimat khas dari wakil MKN Terengganu berkaitan isu/ ancaman semasa. Program berakhir dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh wakil MKN Terengganu, diikuti dengan sesi pemberian hadiah.