OPS PENGARAH

NEGERI SEMBILAN, 18 JULAI 2023 – Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah Bil.1 Julai 2023 dengan fokus utama Kenderaan Perdagangan. Lokasi Ops Pengarah pada kali ini adalah di Plaza Tol Setul, Plaza Tol Senawang dan Plaza Tol Nilai.

Sepanjang Ops Pengarah yang diadakan bermula jam 4.30 petang ini, pelbagai kesalahan dikesan antaranya tiada lesen memandu, tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, lebih muatan dan kesalahan teknikal.

Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang- undang semasa memandu, serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa dijalanraya.

Untuk sebarang aduan trafik boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …