SEORANG LELAKI WARGA EMAS DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL

 

TUMPAT 18 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 10.00 pagi semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda berpendaftaran asing disyaki membawa minyak diesel didalam tangki ubahsuai.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar dijalan raya sekitar Kota Bharu, Kelantan membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.
Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan menghala ke Tumpat melalui jalan utama Pasir Pekan – Pengkalan Kubor, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek berumur 69 tahun merupakan warga tempatan memberhentikan kenderaannya setelah penat diekori sejauh 10 km.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan tersebut yang diberhentikan di Jalan Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 300 liter didalam tangki tambahan disyaki ubahsuai dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 645.00, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 70,000.00.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …