PROGRAM KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI TERAS MASYARAKAT MADANI – GOTONG ROYONG DAN PEMBAIKAN MADRASAH

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jemaah Surau Park Avenue, Seremban 2, telah menjayakan Program Gotong-Royong dan Pembaikan Madrasah Hidayatul Mubtaidien bertempat di Lot 3410, Kampung Jijan, Nilai pada 16 Julai 2023. Madrasah ini telah mengalami kerosakan berikutan insiden kebakaran pada 6 Julai 2023 lalu.

Program ini turut disertai hampir 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar dari Kolej Antarabangsa Murni serta pelajar madrasah dan komuniti Kampung Jijan, Nilai.

Artikel/Berita Terkini

JEREBU: LINDUNGI DIRI, KELUARGA DAN KOMUNITI

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan sekiranya orang ramai terdedah kepada udara yang tidak sihat. Oleh itu, beberapa langkah pencegahan perlu diamalkan …

MEREMPIT UNDANG MAUT, JAUHI REMPIT!

Keseronokan yang hanya seketika tidak berbaloi dengan risiko kehilangan nyawa. Aktiviti merempit bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan …

BAHAYA DUMMY BUCKLE!

Nyawa anda bukan untuk dipertaruhkan! Masih ramai yang menggunakan dummy buckle semata-mata untuk elakkan bunyi amaran tali pinggang keledar. Tapi …