GENG REMPIT MASUK PERANGKAP DI SPDH

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan semalam menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Ia susulan laporan dan aduan berhubung lokasi berkenaan yang sering menjadi tumpuan geng ‘rempit’ dari dalam dan luar negeri ini untuk melakukan kegiatan lumba haram mereka.

Mendapat kerjasama daripada pihak PLUS Malaysia Bhd. (Plus) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), operasi berkenaan benar-benar memeranjatkan geng ‘rempit’ tersebut apabila ratusan mereka ‘masuk perangkap’ selepas mereka hilang arah setelah laluan keluar lebuh raya itu juga telah dikepung oleh pasukan polis.

Sekumpulan penunggang motosikal dari Johor turut antara yang ditahan dalam operasi yang bermula pukul bermula pukul 9 malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi itu.

Turut ditahan beberapa orang penunggang motosikal wanita yang difahamkan juga dalam kalangan kumpulan yang sama. Dalam pemeriksaan ke atas penunggang-penunggang motosikal yang ditahan dikenalpasti beberapa kesalahan dilakukan oleh mereka.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, tiada nombor pendaftaran kenderaan, pengubahsuaian terhadap motosikal dan tiada cermin sisi.

Baru-baru ini media melaporkan, SPDH merupakan antara 19 laluan dan lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan di seluruh negara yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa menjadi litar lumba haram dalam kalangan geng rempit.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, operasi berkenaan melibatkan seramai tujuh orang pegawai dan 104 orang anggota.

Katanya, selain di SPDH, operasi turut diadakan di beberapa lokasi lain seperti sekitar Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jalan Kuala Klawang-Seremban, Jalan Sua Betong dan Jalan Lukut-Seremban.

Dalam tempoh operasi dijalankan, sebanyak 266 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 11 notis dari JAS telah dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang ditahan.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak enam buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan telah berjaya melakukan tangkapan ke atas tiga lelaki di bawah Seksyen 42 (1) akta yang sama,” katanya.Seksyen 42 (1) APJ 1987 adalah berkaitan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut