MOT KERJASAMA DENGAN AGENSI LUAR BANDAR LAKSANA PROGRAM MYLESEN B2

JELEBU: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan luar bandar bagi menampung perbelanjaan untuk pelaksanaan Program MyLESEN B2.

Menurut Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, ia selepas program itu yang memberikan lesen memandu kelas B2 (Motosikal) secara percuma kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) telah mendapat sambutan dan maklum balas menggalakkan.

Bagaimanapun jelasnya peruntukan yang disediakan ketika ini iaitu sebanyak RM2.7 juta hanya dapat memberi manfaat kepada 9,000 orang penerima berbanding permohonan yang diterima lebih tinggi daripada itu.

Melihat program ini yang mendapat maklum balas positif daripada rakyat, pihaknya akan cuba untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi tahun hadapan supaya lebih ramai yang mendapat lesen B2 ini dalam kalangan B40.

Beliau sebelum ini melancarkan Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Titi.

Pada majlis berkenaan, seramai 363 orang golongan B40 yang majoritinya dalam kalangan masyarakat Orang Asli menerima manfaat menerusi program tersebut.

Siew Fook dalam pada itu menambah, selain kos, antara faktor ramai dalam kalangan penduduk luar bandar masih tidak mempunyai lesen memandu adalah kerana ketiadaan institut latihan memandu berdekatan dengan kediaman mereka.

Menerusi Program ini , bukan sahaja di beri percuma tetapi kita pergi ke tempat mereka, institut memandu akan pergi ke tempat mereka untuk buat latihan dan berikan kursus.Ini akan memudahkan mereka dapatkan lesen, kita bawah Jabatan Pengangkutan Jalan dan institut memandu pergi sampai kampung untuk buat ujian dan bantu mereka dapatkan lessen.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut