𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗠𝗢𝗧𝗜𝗩𝗔𝗦𝗜 “𝗔𝗠𝗔𝗥 𝗠𝗔’𝗥𝗨𝗙 𝗡𝗔𝗛𝗜 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗥”

𝗧𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡, 12 JULAI 2023 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Bengkel Motivasi “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda), Gemas.

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah berkaitan isu semasa, cara menanganinya dan membudayakan hidup patuh syariah.

Program dikendalikan oleh Encik Sharimi bin Shaharudin, Perunding Motivasi FAST Training & Consultancy dengan pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan melibatkan para pelajar.

Para pelajar sekolah juga diperingatkan berkaitan batas pergaulan yang dianjurkan dalam Islam agar tidak terjerumus dengan masalah gejala sosial yang meningkat pada zaman ini.

Sumber:  Facebook JHEAINS

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut