CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN DIESEL BERJAYA DIPATAHKAN

 

BACHOK 06 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali, Pasir Putih dan Unit Peronda MPV IPD Bachok pada semalam telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kelantan.
Tindakan pada jam 7.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Waja berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel anggaran sebanyak 700 liter.
Saspek dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran lampu isyarat Cabang 3 Melawi, Bachok, Kelantan dalam keadaan mencurigakan.
Tindakan tersebut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 40an yang disyaki terlibat dalam aktiviti cubaan penyelewengan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, anggaran sitaan terhadap barang kawalan 1500 liter dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 5697.50, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 10,000.00.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …