CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN DIESEL BERJAYA DIPATAHKAN

 

BACHOK 06 Julai : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada semalam telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Bachok, Kelantan.
Tindakan pertama pada jam 3.00 petang pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel anggaran sebanyak 800 liter ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan hadapan kedai dobi Kg. Pauh Lima Jelawat, Bachok, Kelantan.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan itu menemui minyak diesel anggaran sebanyak 1100 liter di bersama kenderaan tersebut.
Selanjutnya pasukan meneruskan operasi bersepadu bersama Unit Peronda MPV PDRM IPD Bachok pada jam 6.40 petang semalam dan telah menghasilkan kes di hadapan Pasar Mini Pekan Jelawat, Bachok Kelantan.
Tindakan tersebut berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti cubaan penyelewengan minyak diesel anggaran 750 liter didalam kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan.
Tiga tindakan kes dihasilkan ini dalam Operasi Mencegah Ketirisan Barang Kawalan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, anggaran sitaan terhadap barang kawalan 2650 liter dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 5697.50, manakala termasuk 3 buah kenderaan anggaran sebanyak RM 27,000.00.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …