UUM DALAM KELOMPOK 100 UNIVERSITI TERBAIK ASIA

Kejayaan Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai di dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia di dalam senarai Times Higher Education (THE) tahun 2023 merupakan peningkatan yang amat ketara berbanding kedudukan 148 yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM untuk sama-sama menjadikan universiti ini sebagai universiti pengurusan terkemuka, sekaligus menjayakan Pelan Strategik UUM.

Pengiktirafan sebegini akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa sekaligus memberi manfaat kepada kemajuan ilmu dan teknologi kepada negara. Selain itu juga, penarafan ini akan memberi lebih pilihan kepada para pelajar dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa untuk memberi pertimbangan bagi melanjutkan pengajian di universiti yang ternama dan mempunyai kedudukan baik di dalam dunia.

Pencapaian ini meskipun melibatkan perihal akademik, tetapi di sebalik kejayaan ini, ia juga merupakan refleksi kepada usaha bersama setiap pihak dalam memastikan Teras Keselamatan ke-9 iaitu Pengiktirafan Antarabangsa di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dipenuhi.

Tahniah!

 

Disediakan oleh : Roshila Noor

Sumber: UUM dalam kelompok 100 Times Higher Education

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …