PENGUATKUASAAN OPS MOTOSIKAL SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA (HRAA) 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, bersama agensi penguatkuasa PDRM dan JAS dengan kerjasama pihak konsensi PLUS Berhad telah melaksanakan Penguatkuasaan Khas Ops Motosikal sempena HRAA 2023 pada 27 Jun 2023 di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, bermula jam 8.30 malam hingga 12.00 malam, dengan kekuatan anggota seramai 37 orang dari pelbagai agensi penguatkuasa.
Operasi motosikal yang diadakan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa serta memastikan motosikal mereka tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk motosikal disita jika didapati ubahsuai untuk tujuan seperti diatas dan juga kesalahan tiada lesen memandu serta Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh.
Sepanjang penguatkuasaan ini diadakan, sebanyak 608 buah motosikal telah diperiksa, daripada itu, sebanyak 94 penunggang motosikal dikenakan tindakan dengan jumlah keseluruhan 112 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran fancy dan extreme, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. Sebanyak 2 buah motosikal disita dalam Ops malam ini. PDRM telah mengeluarkan 34 notis saman dan JAS 8 notis saman ekzos bising.
Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama. Pandu Cermat Sampai Selamat.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut