DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan – Food Safety)
Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha .
Pengedaran daging korban yang selamat perlu dititikberatkan oleh umat Islam bagi memastikan daging yang diterima oleh penerima sentiasa bersih dan berkualiti.
Selain itu, suhu daging korban perlulah dikawal semasa proses pengedaran daging korban untuk mengekalkan kesegarannya.
Oleh itu, umat Islam hendaklah membudayakan amalan pengedaran daging korban seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman, bendasing dan sebagainya demi menjamin kesihatan bersama.
Sumber:
FB Rasmi KKM