
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu menganjurkan program Bicara Esekutif โKeselamatan Malaysia Madani Tanggungjawab Bersamaโ di Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 26 Jun 2023.
Program bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada ketua ketua jabatan serta agensi penguatkuasa di negeri ini berkenaan kedaulatan maritim serta arahan MKN No 23 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023).
Dua pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara, Encik Tajul Arifin Mohamad dan Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, Dr.Abdul Rashid Abdul Hamid diundang bagi menyampaikan ceramah.
Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri, Tuan Hamzah Ishak. Turut hadir ialah Pengarah MKN Negeri Terengganu, Puan Wan Suhaini Wan Mohamad.









