1,000 TANGKI AIR DIAGIH UNTUK PENDUDUK LABUAN

Sebanyak 1,000 unit tangki air akan diagihkan kepada penduduk kampung yang terkesan teruk dengan gangguan bekalan air di Labuan.
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata ia merupakan usaha jangka pendek dalam menyelesaikan masalah itu.
Pihaknya prihatin dengan masalah dihadapi rakyat ketika ini susulan kekerapan berlakunya krisis air yang berlaku di sini.
“Penduduk mampu menyimpan bekalan air untuk tempoh singkat sekiranya berlaku ketiadaan bekalan air.
“Saya menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Madani, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberikan kelulusan permohonan bantuan tersebut,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan tangki air kepada penduduk di Kampung Pohon Batu, di sini.
Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
SUMBER : BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …