PROGRAM BAKUL MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN KOMUNITI DAERAH SEREMBAN.

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Sumbagan Bakul Makanan di 5 DUN di daerah Seremban pada 15 Jun 2023 lalu.

Seramai 150 penerima yang terdiri daripada komuniti golongan rentan B40 di DUN Lenggeng, Sikamat, Ampangan, Labu, dan Paroi menerima sumbangan bakul makanan yang disediakan.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah memberi bantuan makanan kepada individu atau keluarga yang menghadapi kesukaran kewangan dan tidak mampu memenuhi keperluan asas makanan mereka selain membantu mengurangkan ketidakseimbangan nutrisi dan masalah kekurangan makanan dalam kalangan individu yang kurang berkemampuan.

Program ini juga dilihat dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat setempat terhadap isu kemiskinan dan kekurangan makanan dan menyediakan sokongan sementara dan membantu individu atau keluarga dalam mengatasi cabaran kewangan mereka.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut